Kumpulan Puisi Metamorposis Kata-Kata oleh Musa Bin Masran
KUMPULAN PUISI TERBARU (88) METAMORPOSIS KATA-KATA
OLEH MUSA BIN MASRAN
EDIT
10 Mei 2016 12:22 PM
16
April 2019, 2:30 PM
1.Bahasa
Kalbu
Ketika
ibuku berdoa dalam bahasa ibunda
aku
mendengarnya dalam rahim ibu
doa yang terucap dari mulutmu dalam tangis
gembira
dan harapan bulan purnama.
Suara-suara
itu memanggil-manggil nama-Mu
tanpa
berhenti terus-menerus dengan kata-kata
bersih
dari noda-noda yang derhaka dan kacau
kau
menyebut satu demi satu dengan bahasa teratur.
Aku
dibesarkan dalam bahasa ibunda
yang
mengikat cinta abadi dalam rasa fikir
lahir
pada kesedaran kekuatan pembendaharaan
keindahan
bahasa yang mengetuk pintu-Mu.
Bahasa
ibunda ini hidup dalam darah mengalir
firasat
dan kasyaf yang turun dalam bahasa
yang
terang dan hidup sepanjang zaman
aku
tak pernah sesal pengucapan dalam bahasa Ibunda.
Siapa akan bertanya harga sebuah puisi
memang
tak ada yang ingin memajaknya
tak
laku di pasaran atau tamu hujung minggu
sebuah
puisi hanya sebuah coretan dan reaksi.
Kau
tak perlu menyesal orang pun tak ribut
menulis
tanpa berharap ada yang menoleh
kalau
yang kau tulis ini seperti anak panah
maka
kau siap sedia menerima amarah badai.
Saudaraku,
tulislah di rimba mana kau berada
di
pulau samudera lautan teduh yang terasing
purnama
di gunungmu ketika kau bertafakur
di
kota sesak dan bising dari malam ke siang.
Kau
cari simpati mereka telah menutup pintu
gema
suaramu melantun mencari dinding
kata-katamu
masih dari sukma seorang penyair
damailah
kerana samawi tetap mendengarkanmu.
*Tersiar
Di Harian Express 9 Ogos 2015.
3.
Penyair Khatulistiwa
Penyairmu menafsirkan rahsia samawi
alam
raya hidup dalam kata-kata
bintang
dan cakrawala inspirasi sezaman
tiap
gerak perubahan memberi makna.
Gempa
siang itu telah mengejutkan
mimpi
dan harapan di tanah peribumi
ketenangan
sungaimu bertukar warna
menuruni
lembah gunung bertahan.
Gema
gunung telah memberi isyarat
kedamaian
rimba khatulistiwa teruji
suara
lautan mengirimkan gelombang
kepulauanmu
untaian mutiara indah.
Malam-malam
tafakur terucap doa
rangkaian
kata-kata maghfiratmu
terkumpulnya
dalam tazkirah diri
kasyaf
mengalir menyejukkan mata.
Penyair
Khatulistiwa membacakan tajalli
purnama
di sukmamu pancaran matamu
inayat-Nya
bagai pelangi tak pernah menjauh
kemenangan
ini adalah nyata dan abadi.
4.
Puisi Lintas
Ke mana pergi
penghuni
rimbamu
hilang
di depan mata
di
tanah peribumi
Mengapa
memilih
kalau
tak ada pilihan
kemajuan
itu hanya
pada
mereka yang melangkah.
Pulau
mutiara dan laut
dapatkah
kau bertahan
lembah
gunung dan hutan jati
telah
lama bertukar wajah.
5.
Seksa Fikir
Lautan
tak pernah lupa
mengirimkan
gelombang
bumi
menyerap
sentuhan
cahaya.
Dalam
berdoa
kata-kata
istiqamah
terbang
bersayap
berteduh
di pulau sepi .
Langit
damai
di bumi
sirkah
kunang-kunang
durjana
berkeliaran
di malam majnun.
*Tersiar
Di Utusan Borneo 8 March 2015.
6.
Lidah Api
Aku mencium
bau
api dalam udara
lidahnya
telah
mencapai
pagar
perbatasan.
Ketika
aku cuba
menatap
wajahmu
jerebu
bagai anak panah
menusuk
anak mata.
Bukan
mimpi
atau
ilusi
lidah
api
membakar
diri
sampai
kesiangan.
Buka
pintu
sukmamu
pasti
cahaya turun
menghalau
kegelapan.
*Tersiar
Di Utusan Borneo 8 March 2015
*Tersiar
Di Utusan Borneo 5 April 2015
7.
Kejuitaan Sebuah Malam
Aku
hanya dapat berkata
kaulah
purnama
dan
kejuitaan sebuah
malam
hingga
tersingkapnya
siang.
Sipitang
malam ini
turun
berhias
lautmu
tak berombak
langitmu
seperti
dinding
silam
yang
teranyam dari
tangan-tangan
bidadari
memital
kain tenun
di
penjuru malam
dan
melihat siang
dari
gelas Krystal.
Merapok
dan Palakat
tersimpul
mati
wira
yang berpulang
menjadi
tanah gembur
di
hujung desa.
Gema
tilawatmu
menyentuh
sukma
bintang
Kartika
kejuitaan
sebuah Malam.
Kembaramu
adalah tari gerak
puisi
yang melukiskan
keindahan
khat di dinding
sukma.
Bahasamu
adalah
anugerah
sebuah cinta
lahir
dari budaya
bumi
dan samawi.
Di
Tanah Peribumi ini
cinta
bahasamu tumbuh
hidup
hingga kiamat.
Bukankah
di tanah leluhur ini
lahir
penyairmu yang
menganyam
malam
menjadi
lautan inspirasi
menghirup
udara siang
lalu
melafazkan kata-kata
bagai
rimbunan hijau
dalam
sukmamu.
Siapapun
tak akan
datang
dan lalu
mempersendakan
bahasa
dan budayamu.
Ruh
sebuah bangsa
hadir
di dalam Kembara Bahasa
Ruh
sebuah puisi
hadir
dalam doa
yang
melangkarkan
kata-kata
dan kalimat.
8.
Puisi Sederhana
Di suatu siang
tiga
anak kucing
di
halaman
aku
menunggu
surat
dari jauh.
Jalan
sepi
dan
kosong
mana
perginya
suara
itu.
pulau
itu pun
terpisah
setelah puluhan tahun
bertahan
di dalam sukma.
9.
Puisi Di Pinggir Mata
mata
bulan,
anak
bintang
bersembunyi
dalam
mimpi
hujan
bukit.
Dawat
hitam
kering
kata-kata
tawajuh
bergayutan
di
pohon sukma.
Kau
adalah
kekasih
ditabalkan
dari
letusan
komet
dan
luluhnya
kejora
di
malam gerhana.
Kau
telah
kehilangan
masa
silam.
Di
tanganmu
tanah
menjadi pasir
sebidang
tanah
dendam
turun-temurun.
10
Daun Limau Muda dan
Langit mendung
hujan
belum menitis
jendela
terbuka
musim
begini
daun
limau muda
masih
tumbuh.
Belum
ada petanda
pada
malam
masih
mengundang
bahasanya
sendiri.
Pulau
ini telah
bertarung
terlalu
lama
dan
tiap badai
taufan
telah
datang
dan pergi.
Sukmamu
masih bertahan
walaupun
gema suaramu
mungkin
tak kesampaian.
11.
Di Lahan Penantian
Hujan turun
menjawab
panggilanmu
udara
dingin
mengusap
ibu jari
Siang
sirna
seperti
ke alam mimpi.
Waktu
bagai berhenti
Sendiri.
Cermin
di pojokan
telah
sebahagian
dari kegelapan.
Di
sini bait-bait puisimu
berakhir
di
lahan penantian.
Tali
itu telah terputus
Pintu
tertutup rapat
Tak
menakutkan
seperti
arus kau terbawa
ke
laut.
12.
Bagaimana Aku Berterus Terang
bagaimana
aku berterus-terang padamu
gelombang
datang bergulung-gulung
burung-burung
terbang menyeberangi benua.
bagaimana
aku berterus terang padamu
rumahmu
gundah tidurnya dari semalam
kau
telah mengulang khabar kedatangan.
bagaimana
aku berterus-terang padamu
setiap
kata kaulafazkan mengalir
seperti
air terjun sejuk pelepas dahaga.
bagaimana
aku berterus-terang padamu
gema
suara yang datang membawa pesan
malam
masih gelap dan tidur gundah.
bagaimana
aku berterus-terang padamu
sebuah
gunung di musim-musim jerebu
ada
kaki tergelincir ketika mendaki.
bagaimana
aku berterus-terang padamu
anak
tebing akan runtuh
alir
sungaimu pasti berubah.
bagaimana
aku berterus-terang padamu
keamanan
akan sirna tanpa keadilan
keadilan
harus merata pada semua.
bagaimana
aku berterus-terang padamu
gerhana
dalam sukmamu
kekalahan
di malam derhaka.
bagaimana
aku berterus-terang padamu
berita
itu bukan rahsia
berhentilah
berkhianat.
13.
Kata-kata Gundah
Malam-malam
kelelawar
merontah
dalam diam
ketika
langit menjauh
kata-kata
berubah wajah
bagai
butir-butir bintang
berserakan
dan pudar.
Gunung
tak pernah bersandar
tanah
lembah terhakis
sebuah
pulau terasing
di
laut
samudera.
Kerana
di bawah bumbung itu
kita
pernah bermimpi
melangkah
dan berkepak
mendaki
gunung salji
dan
menuruni lurah dan
lautan
teduh.
Aku
kembali mendakap dan
menyelamatkan
yang tinggal
kau
telah berubah
di
langit masih terus bergenang
dan
sejarah terusik
sekarang
dan seterusnya.
Kota
Kinabalu
18
Januari 2014
14.
Penyair Memanggilmu
Kalau
aku melihat
dalam
bola matamu
di
dalam tersimpan
kaih-sayang
keberanianmu.
Aku
membacamu
kemanusiaan
bagai
matari bersinar
darah
menitis dari
serambi
darah
dari
ketulusan
jiwa-ragamu
kerana
fitratmu
memang
indah.
Kau
bagai kekasih
bertekad
jalan ke samawi
kemenangan
ini
kau
capai
setelah
jalan kebaikan
kau
tempuh
seperti
lebah dan
menitis
madu
pada
tiap lidah
yang
mendambakan.
Kota
Kinabalu
29 Disember
2014
15.
Terus-Terang
Kau
berani meluncurkan kata-katamu
lidahmu
mengucapkan tak beralas
berterus-terang
itu adalah keberanian
ketika
melafazkan anak-anak kata dalam satu
perbarisan
berkawat tampak sopan dan teratur
melambatkan
harapan menimbulkan curiga
kau
memberi isyarat pada malam kelam
tapi,
mata masih tertipu disebalik langit
ada
bintik hitam sedang terkumpul mengakhiri
musim
kemarau panjang kering dan kontang
kau
telah diingatkan tentang gerhana itu
ketika
malam kelam dalam sukmamu
kesabaran
dan ketenangan lautan teruji.
Kota
Kinabalu
24
Disember 2013
Seperti gunung
memanggilmu
tanpa
suara
ia
tetap melambaikan
tangannya
terasa
kau terangkat
seperti
debu
terlambung
ke atas
berputar-putar
terlepas
dari graviti.
Menghadap
ke laut
melihat
arus deras
seperti
meregut
sukma
dan menarikku
ke
dalam laut
tanpa
perlawanan.
dibawa
hanyut
dan
terdampar
di
pulau pasir
tengah
lautan.
Kota
Kinabalu
23
Disember 2013
17.
Tulis, Tulis, Tulis
Tulis,
tulis, tulis
walaupun
hanya sepatah kata
Ketika
kata-kata kehilangan
martabat
diri lalu seperti
ubat
bedil terbakar hanggus
Coretkan
pada dinding itu
sekalipun
grafiti atau artifak
selagi
kata masih bernafas
kau
dapat menafsirkan
bunyi
huruf hidup dan mati
Kota
Kinabalu
23
Disember 2014
18.
Pelayaran Kata
Kau
berdiri di pelabuhan
sambil
melirik ke samawi
siang
telah hanyut
ke
riba malam.
Pelayaran
kata telah
mengembangkan
layar
waktu
terbang
di udara
menjadi
burung.
Kota
Kinabalu
17 Disember 2013
19.
Setitik Pulau Sepi
Kau
tak akan terangkat membawa
masa
silam ke dalam mimpimu
bagai
gunung kukuh dan bertahan
rahsia-rahsiamu
larut menjadi tanah.
Ketika
langit bertukar musim
kau
mencari pulau bersembunyi
di
tengah laut samudera dan ribut badai.
Tiap
kekasih punya pulau sepi
tak
kira pulau itu setitik noktah
terlalu
kecil di tengah lautan atau
bersendiri
pada gunung kukuh dan bertahan.
KotaKinabalu
14
Disember 2013
20.
Kata Batu
Kau
yang bilang,
aku
batu di lereng bukit
bergolek
ke tepian jalan
kau
terus memanggil
aku
batu di tepian
kekadang
terbawa
ke
seberang.
Bacalah
menteramu di-
seluruh
pintu hingga ke-
halaman
mimpi
Permainan
ini masih
belum
berakhir
sekalipun
anginmu
kehilangan
kuasa.
Sekarang
kata-kata ini
bertukar
wajah menjadi batu
lalu
menjadi gunung.
Lalu
impianmu dimakan bulan
gemuruhmu,
gema sebentar.
Kota Kinabalu
1
Disember 2013
21.
Kekuatan Kata
Kau
bilang sekarang musim gugur
dinginnya
bukan main sampai ke hulu hati
pergi
carikan kayu api menjadi bahan bakar
menyempurnakan
suatu siang yang gemilang.
Bayangkan
bahan api telah hanggus dan
menjadi
debu. Tapi kau masih meminta.
Hutan
telah hanggus, gunung masih berdenyut
dan
melontarkan belerang ke langitmu. Burung-
burung
sukma merontah terbang melayang
cuba
membebaskan belenggu graviti dari
kedua
kaki.
Lalu
kau bilang tiada apa-apa yang tinggal
selain
pohon-pohon kata yang telah tumbang
ke
bumi. Kau pun mulai membakar kata-kata.
Tiap
kali kehabisan udara, dihirupmu supaya
paru-paru
penuh. Dari mulut, kau muntahkan
kata-kata
menjadi bahan api yang bukan-
kepalang
panasnya.
Herannya,
ketika panasnya hampir-hampir
seperti
matari, kata-katamu mencair menjadi
air
dingin yang mendinginkan tanpa musim.
Lalu
keramaian hutan kembali dan langit penuh
dengan
burung-burung terbang.
Kota
Kinabalu
30
November 2013
*Tersiar
Di Utusan Borneo 30 November 2013
22.
Kata-kata Sebuah Anugerah
Kau
telah tidur menguliti kata-kata
menanggalkan
kulitnya.
Kau
menunggu bunyi hujan turun
sepanjang
hari.
Dengan
kata-kata kau menciptakan
rembulan,
pelangi, angin, ombak dan
kapal
dan satelit dan senjata bisa
menembak
tepat ke sukma cakerawala.
Dengan
kata-kata, anugerah memartabat
bangsa
dan menawan bintang kejora.
Kau
masih merasakan seperti orang
berjalan
dalam gerak perlahan sedang
bunga
merah ditabur berjatuhan di atas
kepala
dan seluruh tubuhmu. Kau puas.
Yang
herannya, kata-kata dalam lakaran
memorimu
makin kecil dan kurang.
Walaupun
begitu kau masih boleh
bertanya
dan menerangkan. Sekalipun
esok,
kata-katamu sirna tenggelam ke-
dalam
samudera lautan sukmamu.
Sejak
itu kau diam, melihat gerak dan
perubahan
musim tanpa berkata-kata.
Lalu
suaramu mengiyang-ngiyang
dan
gemanya naik ke atas. Hujan
pun
turun sebagai jawaban. Kalau
kau
benih yang bercambah yang
kehausan
tepat pada takaran air
yang
turun, matari mengirim salam,
cahaya
bersambut. Kau dibebaskan,
gerhana
telah beralih.
Kota
Kinabalu
30
November 2013
*Tersiar
Utusan Borneo 30 November 2013
23.
Catatan Sebelum Tidur
Kedatanganmu
membawa gerhana di kaki langit
Kelicikanmu
meruntuhkan gunung bertahan
semakin
aku memburumu
hanya
kegelapan pekat dan bau mayat
Kedamaian
telah lama rapuh dan
terkubur
tanpa upacara
matamu
adalah mata musuh
mencari
sasaran dan melepaskan
das
tembakan.
Di
sini tak ada sempadan
ketika
kemenangan gema suaramu
bagai
pembalasan dendam
dan
kekejaman, udara menuba.
Di
daerah-daerah perang
keadilan
itu seperti mencari tuannya
tanah
tanpa kasih sayang ini
jatuh
korban
orang
kecil di tengah kemarahan
dua
saudara.
Malam
gerhana
di
langit sukma
segerombolan
serigala
telah
mencium bau bangkai
dan
mereka telah berkejar ke situ.
Sumur
langit bergenang
bukankah
telah tiba kau terpanggil
dalam
kanca permainan
keselamatan
dan kedamaian sukmamu
adalah
kerinduan di jalan pulang.
Kota
Kinabalu
9
November 2013
24. Pengucapan Kata-kata
Kata-kata
seperti tindih-menindis
laut
telah pasang, gelombang
mulai
buas. Pantai berdebur
dihempas
silih-berganti. Pohon
Pohon
kelapa condong ditiup.
Kata-kata
seperti lipan yang
menyorok
di dalam kasut
di
atas tangga di depan pintu.
Diam,
sepi sepanjang malam
sampai
menjelang siang.
Kata-kata
seperti anjing yang
menggonggong
di tengah malam
berkelompok
dan meronda
ketika
orang sedang tidur
setelah
kelelahan sepanjang hari.
Kata-kata
seperti sentuhan
tangan
malaikat di hujung lidah
lalu
turunlah doa-doa tak pernah
kering
dari ucapan seorang mutaki.
Kota
Kinabalu
11
September 2013
25.
Taman Pustaka
Masa
silam adalah masa silam
ia
telah menjadi catatan di halaman sukma
Aku
melihat jari-jari tangan ini
telah
berubah kulitnya
tangan
ini seperti tanganmu
tak
pernah turun bertanam
atau
menabur benih di tanah
pribumi.
Tiap
orang punya impian
sekalipun
hewan di dalam kurungan.
dan
doa yang terkabul
impian
yang telah disempurnakan
matari
di langitmu
tak
pernah pudar
demikian,
rembulan, cahayanya
tetap
berkilat hingga kau
menyentuh
kiamat.
Pada
langit aku biasa
bercanda
turun kalam
dan
aku belajar menulis dan
membaca
lalu kau pun
belajar
menulis.
Dalam
sukmamu tumbuh
kecintaan
pada dunia
huruf
dan kalimat. Lalu kau
menulis
bait demi bait
dalam
bahasa puisi.
Khazanah
ini turun kepadamu
kau
melihat taman pustaka
di
dalam sempadan itu
kau
akan selalu aman dan damai
dan
kalam ini adalah kepunyaanmu
menulis
dan menulis.
Singgahsanamu,
jauh ke dalam impian
matari
harapan dan rembulanmu
galaksi
dan orbit baru
membawa
syafaat ke dalam sukmamu.
Kota
Kinabalu
8
September 2013
26.
Nyanyian Sukma
Aku
menulis puisi ini kepadamu
tiap
kata menyampaikan isyarat
mata
dan bibirmu yang membaca
sukmamu
yang tersentuh lalu
fikirmu
melayang berkepak dalam
udara
langit biru. Ia menjadi burung
Cenderawasih.
Ketika
aku memanggilmu dengan
satu
panggilan bergema ke serata
lembah
dan gunung. Panggilanlah
ia
sebuah harapan yang tak akan
pudar
dalam hakisan waktu.
Kepadamu,
aku tak akan merasa
lelah
mencipta puisi-puisi ini.
Sesaat
aku menjauh kau kerinduan
mencari
burung Cenderawasih
di
rimba mana dan di langit mana
tiap
bunyi yang bergetar kau
gelisah.
Kukumpul
puisi-puisi ini buatmu
biarku
bisikan ke telingamu
dan
menjadi Nyanyian Sukma
kalau
itu memang sebuah harapan
biarlah
ia sebuah harapan.
Di
dataran ini aku berdiri
memanggilmu
dan gema suaraku
berulang
mengirim pesan tapi
kau
masih tak menjawab dan
Nyanyian
Sukma masih ada
di tangan
ini menunggu kau
datang
mengambilnya.
Kota
Kinabalu
15
Ogos 2013
27.
Bagai Mimpi
Bagai
mimpi melihatmu lalu
dan
menghilang di depan mata
dalam
danau memori bagaikan aku
mendengar
suaramu, air yang
mengalir
di celah-celah batu.
Ketika
keretamu terbanting
dunia
sirna dan degup jantung
bagaikan
nafas lautan dan membawa
angin
gemuruh menjelang malam
gerhana.
Kata-kata
meluruh dan berkumpul
menjadi
gelombang-gelombang doa
datang
dari sukmamu yang jujur.
Berita
itu bagai menghempit dadamu
dalam
tidur gelisah.
Tenang,
tenanglah lautan di waktu
malam.
Turunlah gerimis biar
datangmu
membawa salam dan
khabar
baik pada sebuah taman.
Kota
Kinabalu
15
Ogos 2013
28.
Tiap Satu Ada Kelainan
Rupanya
ada orang tak pernah melihat langit
apa
lagi kembang api dan air di pancuran
mereka
adalah mata yang tersorok-sorok
dalam
kegelapan. Bukan kerana rohaninya
tipis.
Hanya kerana mereka tersisih lama
dan
lambat melangkau pembangunan.
Mereka
ada di laut, terapong dan menyukai
debur
ombak dan Nyanyi Malam. Langitnya
penuh
bintang dan siangnya seluas lautan.
Lenggang
ombak dan deru angin membuai
tidur
mereka sampai ke pangkal mimpi. Suara-
suara
mereka tinggal di laut, ketenangannya
pada
langit terbuka dan lautan dalam.
Di
lembah hutan jati ada desa nongkrong
dan
di sana tinggal orang pendalaman
Mereka
terbiasa mencium bau hutan,
tanah
gembur, dan lumpur selepas hujan.
Mereka
bilang tiap pokok ada sukmanya.
Lalu
mantera pun tercipta. Mereka tinggal
dan
lahir di situ, di tanah Pribumi, cuma
mereka
lupa mendaftar setelah melahirkan anak.
Kota
Kinabalu
10
Ogos 2013
29.
Di Lidahmu
Di
lidahmu telah tumbuh lalang
suaramu
penuh dengan dahak
malammu
bagaikan terpotong sekerat
menjauh
tak perlu mengharapkan
dan
aku tak akan bertanya.
Kota
Kinabalu
9
Mei 2013
30.
Melihatmu Dalam Kasyaf
Di
lidahmu telah tumbuh lalang
suaramu
penuh dengan dahak
malammu
bagaikan terpotong sekerat
menjauh
tak perlu mengharapkan
dan
aku tak akan bertanya.
Kota
Kinabalu
9
Mei 2013
31.
Metropolis Dan Penyair
Malam
condong ke tengah malam
aku
masih di langit malam Lautan China Selatan
kapal
terbang meluncur ke alam mimpi
sendiri
melawan kantuk, Kuala Lumpur
nafas
kotamu semakin terhidu.
Aku
tiba
melangkah
perlahan, tubuh ini
menyerap
hawa panas metropolis KL.
Penumpang
mengakhiri
perjalanan di sini
menutup
pintu teksi sedikit keras
seperti
membuat pacuan terakhir
tanpa
menoleh.
Di
perhentian bus, jam 2.30 pagi
ada
orang masih memesan makan
minum-minum
berbual
menunggu
dan tertidur.
Bukan
di tanah asing,
tapi
di tanah air.
Bahasa
sukma telah
mendatangimu
seakan
aku lupa pada wajahmu
tapi
suara itu bicara bersambung
dari
masa silam.
Duduk
sendiri
antara
penyair dan penulis besar
dalam
dewan.
Kalau
memang orang kecil
lebih
baik diam dan mendengar.
Tiap
kata pemidato
ketenangan
menyerap sukma penonton
tiap
kata bersemangat
disambut
dengan tepuk sorak.
Semua
orang mau dikenal
acara
pun berkenal mesra.
Kau
ingin bertentang mata
dan
berjabat tangan atau salam terucap.
Sendiri
menyemak fikiran
sedang
mereka telah pergi
suara
orang kecil didengar
jauh
di belakang.
Asalkan
dapat berbual akan
mendekatkan
jarak.
Kutemui
teman penyair
telah
banyak berubah
ia
punya langit sebagai paying
dan
dataran tempat berpijak
hanya
ia sekarang seperti
pokok
getah tumbang
di
tanah tanam semula.
Siang
itu ramah-tamah
kota
metropolis
mengalih
pandangannya
pada
tetamu dan acara baru.
Kota
Kinabalu
17
April 2013
32.
Kegelapan
Di
pinggir malam sukmaku gelisah
menunggu
turunnya cahaya
dalam
kegelapan dada bumi
terasa
tertekan. Langit seperti
kehilangan
permata'
Ke
mana perginya kelip-kelap itu
dan
rembulan seperti luluh dan
hanggus.
Kegelapan ini masih
menabur
keraguan dan mencuri
sisa-sisa
cahaya di sekelilingmu.
Di
dalam kamar ini aku bagaikan
terhukum.
aku pun mencari
kedamaian
dan berpegang pada
dahan-dahan
langit-Mu. Aku tak
perlukan
apa-apa. Ketenangan ini
mekar
sekalipun dalam malam
gelap
pekat. Aku tak merasa takut.
Bau
Kenanga dan Melati terserap
ke
dalam udara nafasku.
Di
dalam kegelapan aku merasakan
kau
bukan lagi sebagai musuh. Kerana
aku
menemukan degup dan jati diri.
Di
situ tersimpan kekuatan baru.
Kota
Kinabalu
21
Februari 2013
33.
Aku Tulis Puisi Ini.
kerana
kau merasa
kau
terlalu lantang
dan
keras. Sedangkan
aku
ingin kau memetik
sape
dan merasakan.
Aku
hanya dapat
memandangmu,
senja
tetap turun
dan
menghilang.
34.
Mahluk Asing
Khabarnya
makhluk asing akan turun dari angkasaraya
mereka
boleh saja datang dalam satu masa dan tak ditentukan
pula
jam berapa, hari apa? Yang pasti, kita harus bersiap-sedia
makhluk
ini tak berwajah, suka bercakap dan pandai pula
dengan
bahasa gerak.
Makhluk
asing ini suka main sembunyi-sembunyi. Kau tak
seram
atau takut, kerana ia seperti badut dan pandai berbual
dan
menyanyi. Ia mau kau pun boleh menyanyi dan jadi korus.
Lagi
bertepik lagi bagus dan indah menurutnya.
Sepanjang
jalan orang telah mulai memasang bambu dan
mengibar
kain. Ada yang berkata di sini adalah sempadan
selamat
buat makhluk asing turun. Tiap-tiap malam mereka
mulai
menunggu. Telinga mereka jadi teliti membedakan
jatuh
bergolek seperti durian dan mendaratnya makhluk asing.
Tidak
semua percaya pada kedatangan makhluk asing.
Jadi,
mereka tak menunggu. Yang lain menyibuk ke sana
ke
mari kerana mereka ada empat kepala, di depan dan di
belakang.
di kaki kiri dan kaki kanan. Mereka mencium
tanah
seperti anjing tapi mereka bukan anjing. Untung,
mereka
belum terjumpa tulung rusuk atau tulang ayam.
Sekarang
orang menunggu dan setiap dahan jatuh atau
air
berkocak di laut, jantung mereka berdebar. Angin membawa
khabar
ke mana-mana. Gemuruh di langit. Belum ada tanda-tanda
makhluk
asing akan datang. Tapi setiap malam tiba, sebelum
melelapkan
mata, telinga mereka masih menunggu kalau ada
bunyi
yang luar biasa di depan pintu. Jadi, selalunya mereka
tak
lena tidur kerana menunggu pintu mereka diketuk.
Kota
Kinabalu
28
Januari 2013
35.
Mencarimu
Mentari
masih sejengkal, aku bekejar seperti burung
melaju
ke desamu di kaki bukit, kau telah menunggu.
Aku
lihat ada cahaya tersembunyi pada bola matamu
ke
dalam sukmamu, masih mencari sisa-sisa bara api
lalu
mengipas tenang, dan akhirnya api menyala.
Kita
bersalaman meskipun saling belum kenal. Aku
melangkahi
sempadan lalu kita dapat berbual santai.
Aku
tak menderamu dengan rimbunan pertanyaan
bila
kau ditanya, kau menolak dari ke kiri ke kanan
Akhirnya
kau terpaksa bercerita dari sisa ingatanmu.
Siapakah
ingin mencederakan burung dara ini?
Duniamu
adalah pari-pari, tinggal di pohon-pohon
ketika
malam, berkelip dan bersayap terbang ke
bintang
dan rembulan. Lagumu desir angin malam
yang
tak menyakitkan telinga yang mendengar.
Ketika
kutinggalkanmu, terlihat pada wajah ini,
ingin
jadi burung helang menguasai langitnya.
Kalau
memang itu impianmu, singkap pintu
sukmamu
melihat biru langit. Halaukan
kegelapan
memenjarakanmu sepanjang musim.
Kota
Kinabalu
26
Januari 2013
36.
Lagak Seorang Teman.
Aku
mencatat dalam puisi pesan seorang teman
ketika
kau kematian akal lalu masuk ke halaman
rumahnya
dan mengetuk pintu. Lumrahnya langit
membuka
dadanya membiarkan rembulan mendaki
sampai
ke puncak. Sekarang ia berkata, ia tak akan
membuka
pintu. Itu tak mengapa. Laut tak selalu
bergelora
sepanjang tahun. Aku pun tak akan
menunggu
sampai kokok ayam jantan. Kalau
kau
melihatnya berdiri dari belakang langsir,
kerana
mengganggunya di hujung minggu.
Terima
kasih, aku akan beralih pergi diam-diam..
Alam
sendiri ada juga budi bahasanya. Tapi
sekalipun
kau telah mengenalku, selalu ada syarat.
Tanpa
sampul, kau tak akan turun ke lapangan
bermain.
Tangan yang memberi dari tabir
langit,
memang indah tapi sekarang jarang
kau
temui dalam gejolak waktu. Ia akan
memotong
bualmu sebelum pun kau habis
bicara.
Sekalipun ia seorang kawan lama.
"Pengerasnya."
katanya lewat seorang kawan
lain.
Kulihat ia selalu sendiri, teman-teman
menyimpang
ke tempat lain ketika melihatnya
dari
jauh.
Kota
Kinabalu
5
Januari 2013
37.
Pada Bumi
Aku
memulai sebagai catatan
ketika
terpanggil aku pun menulis puisi
sukmaku
gundah seperti samudera
dan
angin di tengah malam.
Lalu
huruf-huruf dan kata-kata
berjatuhan.
Aku menyukai.
Siang
tersingkap
aku
tergoda memandang
arah
seekor lebah menyibuk
suatu
pagi di sebuah taman.
Aku
diam tak menghalang
tiap
gerak dalam peredaran waktu.
Ada
mata yang tak bosan
mau
melihat ke dalam sukmaku
di
dinding langit
atau
jauh ke dalam sukma di cakerawala
aku
menempelkan harapan di situ.
Tapi
pada bumi
aku
tetap kembali.
Kekadang
aku tak membaca
perubahan
pada gerak dan sentuhanmu
barangkali
aku gunung
yang
terhakis dalam
pertukaran
musim.
Sekalipun
kau telah berjalan
di
hadapan
aku
masih bersamamu
meskipun
sukmamu
dan
diri ini jauh tertinggal
di
atol kepulauan sepi.
Tapi,
impian ini
masih
mekar di pedalaman.
Kota
Kinabalu
26
Disember 2012
38.
Hujan Mengalir Petang
Ada
keasyikan, asalkan tidak membuat
aku
lupa pada kandungan waktu yang
berjalan
kemas. Ketika aku berhenti
mengatur
nafas, perahu telah berhanyut
jauh
ke tengah laut.
Malam
itu aku bertemumu di bawah
sayap
burung kota. Sedang kami berbual,
hujan
turun seperti hujan semalam.
Hanya
hujan petang ini, adalah rahmat
hadir
sekali dalam seperabad.
Aku
naik pentas mendeklamasikan
puisi-puisi
di telingamu, suara dari
sukma
dalam tali perjalanan yang
panjang.
Aku tau banyak kata-kata
yang
tak perlu diucapkan namun
diucapkan
kerana kata-kata ini
adalah
dalam kandungan waktu.
Senyum
dan ketulusanmu seperti
dulu,
barangkali kalau ada kita
melangkah
lambat dan berkata
pun
lambat, ketika kita sedari
kita
sebenarnya tak bebicara
apa-apa
selain duduk diam dalam
jeda
yang panjang.
Kujabat
tanganmu sekali lagi
seperti
esok punya rahsianya sendiri
dan
kita sangat mengerti seperti
berdiri
di tebing sungai melihat
air
mengalir dalam kelajuan arus
menuju
ke laut.
Dalam
kegelapan malam kami berpisah
Sesekali
dekur kotaraya terganggu
sedikit
membuat riak kecil kemudian
pulang
ke dalam igau dan mimpinya.
Kuala
Lumpur
23
Disember 2012
39.
Dekurmu, Denyut Lautan
Aku
meninggalkanmu setenang gunung
selepas
subuh. Dekurmu, denyut lautan
Kota
Kinabalu
21
Disember 2012
40.
Melayar Sebuah Impian
Kau
telah membiarkan mereka pulang
seorang
ibu dan seorang anak lelaki.
Suatu
siang, mereka perlahan-lahan
hilang
di horizon. Dalam memori hidup
akarnya
kuat menjunam ke bumi ini.
Meskipun
ranting, dahan dan batang
telah
tumbang. Ia masih pohon memori
yang
subur. Melayarkan sebuah memori
atau
warisan peninggalan adalah rempah-
rempah
kehidupan. Di sana, musim panas
udara
kering, di lereng-lereng, bukit bau
asap,
api menyala, merayap dalam diam.
Ketika
angin berpatah haluan, langit inferno
api
menjulang dan segalanya pun berubah.
Aku
terlantar dalam udara khatulistiwa
Ini
bukan impian tapi kenyataan di bumi
sendiri.
Di sini tiada gong, gendang, serunai,
atau
hentakan kaki Pak Dalang berisyarat
Kita
tak boleh berhenti menoleh. Pacu
kudaku,
senja berligar di atas kepala.
Kota
Kinabalu
16
Disember 2012
41.
Makna Di Sebalik Gerak
Ya
Tuhan, banyak yang belum dimengerti
yang
tersentuh sukma adalah rahmatmu
rupanya
prasangka itu adalah kekeliruan
turun
dalam mimpi gerun di malam salji.
Adakalanya
berdiri di tengah traffik kota
raya,
patah niatmu melangkah membuat
keputusan
arah mana patut diambil ketika
lampu
merah menyala lalu bertukar hijau.
Di
tengah gelanggang, penonton masih
ingin
yang lebih kejam dan pergelutan
lebih
parah. Ketika perlawanan mula,
loceng
dibunyikan, pengadil memberi
isyarat
mulai, penonton pun menjadi
gila
dan meloncat-loncat di atas kerusi.
"Kami
mau darah, kami mau darah."
Sekiranya
kekerasan boleh dibumikan
alangkah
baiknya api permusuhan dapat
direndamkan
ke dalam samudera lautan
bila
kata tak berfungsi sebagai pendamai
jerebu
tipu muslihat terkandung dalam udara.
Ketika
gol tersumbat masuk ke pintu
sorak-sorai
kembang api dinyalakan
tapi
ketika leher manusia sejagat siap
untuk
dipenggal kita masih duduk
berunding
membuang-buang masa
banyak
perkara diterbangkan angin.
Kota
Kinabalu
9
Disember 2012
42.
Di Pinggir Desa Yang Didera
Disebalik
tabir malam kau mengintip
siapa
yang tidur di atas ranjang
matahari
telah beredar jauh
tapi
dekurnya masih sarat
otot-otot
kakinya masih kejang.
Ketika
dirimu memohon
di
sini ada halaman dan pohon
rendang,
maafkan aku tertidur
tanpa
membuka kasut
dan
terlentang di berandamu.
Esok,
aku akan bercerita
padamu
tentang nabalu.
Kalau
namamu tak disebut
bukan
kerana aku melupakanmu
di
lorong-lorong kota ini
aku
membaca grafiti di dindingnya
di
pinggir desa yang didera
menjadi
kota, tinggal seorang
tua
yang pernah kukenal
dalam
usia yang tersayat
duduk
tiap hari melihat
artefak
sukmanya yang
dibongkar
dan ia bagaikan
penghuni
yang kalah
sekalipun
ada percikan
kemarahannya.
Tapi itu
semua
tersekat di dalam
rongga
dadanya. Yang tinggal
hanya
nafas yang tercunggap-
cunggap.
Perlahan-lahan
kotaraya
memamah dan
mengoyak
tubuhnya. Orang
pun
tak bertanya lagi ke mana
perginya
orang tua itu,
penghuni
terakhir desa
di
pinggir kota. Adakah ini
mimpi
gerun? Sekalipun
di
dalam mimpi, ia datang
membuat
tatoo di sukma
tanpa
aku redah.
Kota
Kinabalu
8
Disember 2012
43.
Bulan Kuning Cempaka
Di
dinding sukma telah
kubiarkan
kau melukis
grafiti.
Warnakan,
ini bukan lagi
dinding
larangan.
kau
adalah bulan kuning cempaka.
Di
sini,
kau
bertenun impian
sesekali
tertusuk jarimu.
Aku
melihat jariku
tak
berbekas dan darah
telah
lama berhenti.
Kota
Kinabalu
6
Disember 2012
44.
Tiga Sahabat
Kami
sahabat lama ditemukan
duduk
berbual di restoran di
pinggir
kota. Keduanya berambut
panjang
ke bahu, cuma diriku.
Kami
tak berdakapan, sekali
inilah
kali pertama sejak masing-
masing
mengemudikan layarnya
di
samudera lautan. Kami tak
bertanya
berapa pula tin emas
kami
simpan di ruang gelap atau
di
bawah ranjang tidur. Yang jelas
beberapa
helai daun telah terlucut
dari
gagang atau ranting pohon
hidup
kami. Ketawa terkakah-
kakah
kami seperti dulu, bila
kami
bertemu, melambung
ke
bumbung restoran dan meliar
sampai
anak-anak muda yang
minum
di sebelah kami. Memang
pertemuan
ini tidak dirancang.
Bukan
pula meraih ulang tahun,
atau
pesta menuai. Di meja, tak ada
kek
atau kembang bunga api.
Aku
diam. Sambil mereka
berbual
aku memerhatikannya
kami
telah melangkahi sempadan
dunia
terseret-seret di tumit kaki
langkah
pun menjadi perlahan.
Tiada
suatu yang mustahil
kami
bersalam lalu pergi.
Entah
bila lagi kami akan
bersama,
malam bertukar
penuh
misteri, dan menyimpan
rahsianya
sendiri.
Kota
Kinabalu
1
Disember 2012
45.
Belum Terlambat
Kau
menanyakan ke orbit mana aku berpergian
pertanyaanmu
kerana ingin tau, aku pun tak
merahsiakan.
Kau pergi sekelip mata, membawa
pulang
ole-ole dari cakerawala. Di sana, ada
malam
dan siang dan punya tiga matahari.
Udaranya
murni, alam rayanya ramah dan indah.
Di
pintu gerbang jalan ke dataranmu, kau
diperingatkan,
di sini, orang suka memberi
salam.
Unggas raya ingin bersahabat. Tulus.
Flora
dan fionanya mengimbau cinta dan kasih
di
dalam udaranya. Indah. Langitnya memberi
kepuasan
kepada mata yang memandang.
Dari
langit, air mencurah turun menjadi air
terjun.
Aku terpegun. Airnya bergenang dan
dingin
melewati dua lembah hijau dan bergunung-
ganang.
Aku berkata ke dalam hati, bagaimana
aku
dapat menceritakan semua ini kepada
sahabatku.
Aku
mencium bau syurga. Di sini tak ada
sengketa,
apa lagi mengasari dan berlaku
kejam.
Kembara bahasanya puitis dan jelas.
Sesekalipun
aku orang asing tapi diperlakukan
baik
dan sopan. Aku selalu merindukanmu.
Ketika
di jalan pulang mendekati bumi
aku
melihatmu debu-debu belerang
melekat
pada tubuhmu tapi sukmamu
masih
gemerlap dan bercahaya. Lalu,
aku
memberi salam padamu, "Apakah
aku
sudah terlambat." Kau membalas,
"Belum."
Kupegang tangan kananmu
lalu
kami berjalan ke dataran hijau.
Kota
Kinabalu
28
November 2012
46.Wanitaku,
Maafkanlah
Wanitaku,
kau telah mendengar ribuan kata-kata
yang
kuluahkan dalam berbisik, berselindung
dan
terus-terang. Kita telah bersama, bersayap
terbang
ke rembulan penuh. Kau pendengar baik,
kekadang
antara kata-kata lunak ada tersembunyi
penghinaan.
Maafkan aku.
Wanitaku,
aku akui dalam keterlanjuran, menderahmu,
aku
lakukan itu tanpa kusedari.
Ampun,
Ya Rabbi, aku memang telah bertindak
kasar
pada wanitaku.
Ketika
kau bertanya, aku dalam tertekan lalu
aku
membalasmu dengan kata-kata kasar
sekalipun
bukan niat, sungguh aku layak
dihukum.
Maafkan aku.
Dalam
hidup menjelang senja
ketika
aku menatap bola matamu
langsung
ke dalam sukmamu.
Wanitaku,
Kristalku,
selalu
di hari-hari biasa tanpa sedar
aku
telah menyiksamu dan membuat
kau
menangis dan tersiksa. Maafkan aku.
Wanitaku,
kita telah bersama
jauh
di lembah gunung dan khutub selatan
kau
telah mengenal kelemahanku.
Aku
berjanji tapi janji-janjiku
tak
menetas pada waktunya
bukan
kerana aku
sengaja
berbuat demikian.
Tapi
kerana pencapaianku
rupanya
tak sejauh langkahku. Maafkan aku.
Wanitaku,
telah kuucap nazam-nazam
cinta
padamu dan kau membuka
pintu
martabatmu kepadaku
dalam
percintaan, lalu lahirlah
buah
dari cinta itu, tumbuh
segar
di halamanmu. Pengorbananku
barangkali
hanya doa-doa yang
mengalir
dari sukma seorang kekasih atau
suami.
Maafkan aku.
Wanitaku,
aku tak pernah meninggalkanmu
di
tengah samudera atau di padang pasir
sendirian
dan membiarkanmu bergolak
menghadapi
hawa dingin atau binatang buas.
Kekurangan
itu memang aku sedari. Maafkan aku.
Wanitaku,
jatuh bangunnya aku, kau
selalu
disampingku. Ketika aku meraung
dan
kehilangan atau dalam tidur yang gundah
kau
mendakapku dan selalu
menenangkan
sukma dengan kelembutan
dan
ketulusan jiwamu. Maafkan aku.
Wanitaku,
Kalian
adalah anugerah Tuhan
yang
terbaik.
Sandakan
26
November 2012
47. Bau, Cahaya Dan Landskapmu
Suara
ini tak seberapa
datangnya
bukan sebagai guntur
kekadang
aku terpaksa menyerah,
melepaskan
memori sekalipun
barangkali
terbaik dari yang banyak.
Kumasuki
hutan di halaman
tak
mungkin akan tersesat
sebenarnya
ia hanya hutan
sedikit
di pinggir kota.
Ketika
berada di hutan
pinggir
kota, kupatahkan
ranting
supaya dapat ke depan
dan
balik ke jalan pulang.
Bukankah
sukma pun telah tumbuh
reranting
kering dari musim silam
menunggu
peralihan musim .
Tiap
yang hidup dimakan waktu
tak
terasa, lebih baik dari
berselindung
dalam kegelapan
yang
terciptakan.
Di
sini aku masih
mencium
bau,
cahaya
dan landskapmu
masih.
Kota
Kinabalu
7
November 2012
48.
Biar Kau Sentuh
Aku
meluncur ke angkasaraya
melihat
bumi seperti sebiji telur
kebiru-biruan
dan sentuhan warna putih.
terasa
kini telah lepas dari graviti
memandang
ke depan, aku berangkat
satu
misi. Bumi sayang, kesabaranmu
sejak
masa silam. Sekarang kau masih,
masih
menyerap dan memberi.
Sejak
dulu, anak adam menafsirkan
kata-kata,
kekadang mencederai
kemanusian
sejagat. Setelah keruntuhan
dibangunkan
lagi sebuah peradaban,
dan
menyanyi kata-kata, melahirkan
puisi
menjadi kegemilangan bangsa.
Ke
mana saja aku pergi, tetap masih
berbau
tanah. Dan aku tak akan
melupakan
air bening dan udara gunung.
Laut
dan malammu, kedamaian
meraih-Mu.
Meninggalkanmu,
bumi
kesayangan bukan melupakan.
Biarkan
perjalanan ini, berangkat
dari
kesedaran dan ilmu. Menjangkau
angkasaraya
dengan sukma. Kejauhan
itu
tak terasa, kerana aku akan menulis
dalam
gaya bahasa dalam bait-bait
puisi
yang indah. Biarkan ada yang
melakukan
langkah permulaan. Tiap
perjuangan
dan pengorbanan harus
ada
mentor dan tokoh-tokoh yang
berjiwa
bumi. Kini, aku memulai
kembara
ini, kalau tidak sekarang
nanti,
biar kau sentuh sukma
angkasarayamu
dan ia pasti memberi
reaksi
sebagai seorang sahabat
dalam
era kemerdekaan, satu
bahasa,
satu bangsa dan satu negara,
Malaysia.
Tawau
5
November 2012
49.
Aku Orbit Baru
Rupanya
setengah abad telah
terbang,
menjauh ke bintang
Suriya
dan aku masih bermimpi
orbit
baru. Aku masih di sini,
berkemas
dan berangkat. Ketika
malam
turun, aku telah berada
di
pinggir kotamu. Aku terpanggil.
Kembara
ini, perjalanan kasih.
Aku
tetamumu memasuki
halamanmu,
beradab. Usah
kau
ragu tentang burung yang
terbang
di langitmu, kepayahan
ini
menjadi penawar sukma.
Kau
bertanya, "Apakah kau
tak
merasa lelah?" Jawabnya,
"Tentu
tidak." Tiap kali gong
dipalu
terasa langitmu segar.
Dan
bumi adalah hamparan
anak-anak
kata tumbuh menjadi
dewasa
dan puitis. Danau
mengalir
ke rembulan di malam
purnama,
cahayamu hinggap
pada
tiap kata, menjadi pantun
dan
syair. Ladang kata-katamu
terpelihara
dalam segala musim
doa
ini turun-temurun di lidah
jenerasi
sebelum, sekarang dan
akan
datang. Matamu saujana
dan
sukmamu melayu dan Malaysia.
Tawau
4
November 2012
50.
Tanah Penyair
Ke
arah mana memandang
di
tanah ini, bagai air mengalir
dalam
sukma penyair.
Dari
dataran tanah, banjaran
gunung,
menurun ke lembah
hutan
jati hingga jauh ke pelosok
kepulauan
jauh dan atol sepi,
lalu
ke dalam nafasmu, nyanyi
hujan
siang. Ya Rabbi, jadikan
tanah
ini tanah penyair dan tanah
kata-kata
yang hidup dan segar.
Menulislah,
kata-katamu biar
bebas,
inilah rahsia jenerasi muda,
seni
puisi melekat di lidahmu,
tiap
kata-kata yang lepas dari
nafasmu
bagai air terjun Kinabalu
tak
pernah berhenti. Suara-suaramu
bersayap,
jiwamu rembulan penuh,
inspirasimu
bagai mentari pagi
mengirimkan
cahaya tak pernah
padam.
Ia pula tak membakarmu
apa
lagi membawa bencana.
Ketika
malam tiba, lihatlah
angkasa
raya. Kembangkan sayap
dan
jangkauanmu, bergayutanlah
dari
bintang ke bintang, dari
planet
ke planet, dari orbit ke
orbit.
Sukmamu tanpa sempadan.
Inspirasimu
sampai ke langit
ke
tujuh. Kaulah Kaptain,
dalam
mimpi kejora. Kepada
mereka
yang ingin merobek
malammu
dan menghalau
mimpimu
dan merendam
rampaian
kata-katamu di
dalam
danau berbau lumpur,
ciptaan
mereka. Jangan,
jangan
sesekali membiarkan
mereka
sebagai pandit atau
algojoh.
Imajinasi mereka
angin
kering, laut tohor yang
ditinggalkan,
malam mereka
penuh
dengan raksasa hitam
dan
bau kencing di sepanjang
jalan,
mimpinya mimpi masa
lalu
yang penuh dengan debu.
dan
membosankan. Tanah penyair
adalah
tanah tulus, hijau dan
hidup.
Kau akan selalu tak
pernah
berhenti minum dari
manis
airnya. Tanah penyair
adalah
tabaruk sepanjang zaman.
Kota
Kinabalu
22
Oktober 2012
*Puisi
ini dalam antologi bersama, Sabahuddin Senin dan Awang Karim Kadir, "Suara
Penyair", terbitan Pro Saba-F, 2012
51.
Sebuah puisi
hanya
sebuah puisi buatmu.
Ia
tak pernah menuntut
lebih
dari sebuah karya.
bait-baitnya,
barisan
kata-kata
yang berdiri
di
dataran, lahir dari
lembah
sukma, tulus
dan
sederhana. Bicaramu
dari
alam sejagat sampai
duduk
minum kopi di
anjung
selera. Bukan
apa-apa
sekedar melihat
ke
dalam matamu dan
terus
menyentuh sukma.
Tiada
pilihan kata-kata
menjadi
umpan dendam
kesumat,
yang berselindung
dalam
keindahan bahasa.
Kau
bertanya selewa sambil
mata
menoleh ke tempat lain.
"Aku
hanya seorang penyair.
Jangan
anggap aku sebagai
musuh."
Dari menulis suka-
suka
tentang gajah dan orang
hutan,
melangkah dan memetik
inspirasi
yang turun dari
langit.
Aku menyerap warna,
gerak
dan tiga demensi
yang
hidup. Menulis sekedar,
akhirnya
menyingkap langit
samawi.
Bukan puji-pujian
atau
taburan bunga, yang
mendewasakan
sebuah
karya.
Tapi penghayatan
hidup
itu, sendiri. Melangkah
dan
menyerap dan memaknakan.
Di
tanah penyair ini, kata-kata
dan
kalimat tumbuh menjadi
pohon
rendang dan berakar
tunjang
untuk ribuan tahun.
Kegelisahanmu
adalah juga
kegelisahanku.
Kemalaratan
malammu
sampai ke siang
pertarungan,
adalah batu ujian
yang
mengundang kesabaran.
Ketika
kemanusiaan terporok,
aku
akan bersuara tak berhenti.
Sekalipun
kau menderaku,
aku
akan mendatangkan
balatentaraku,
kata-kata
yang
bersayap menebus
jati
diri dan hak-hak
kemanusiaan.
Usah kau
menjadi
buas, kerana aku dan
kau,
dari setitis nuftah.
Tanpamu,
huruf dan kata-kata
duniaku
pun terpinggir.
Gazelku,
siang telah tersingkap,
siapkan
kepakmu, kata-kata,
mari,
kita jelajahi nusantara,
jelapang
bumi dan angkasa raya.
Di
situ, selalu ada
yang
ingin disyairkan.
Kota
Kinabalu
21
Oktober 2012
*Puisi
ini termasuk dalam antologi bersama, Sabahuddin Senin dan Awang Karim
Kadir, dalam antologi "Suara Penyair", terbitan Pro Saba-F.
52.
Panggilan
Aku
menulis puisi kepadamu
tidak
terlalu panjang, sederhana
bait-baitnya
setenang lautan
ketika
purnama mendaki ke
puncak.
Kukenangkanmu
kerana
rindu ini melahirkan
ghairah,
merapati pelabuhan
melabuh
sauh. Aku berdiri dan
melangkah.
Memang langit
yang
dilihat. Dan ini bukan
imaginasi,
realiti itu sendiri.
Kau
telah memanggil berulang.
Segaja
aku tak menoleh. Tapi
panggilan
itu menggempur
suara
hati. Semakin berat,
pun
aku tetap tak menoleh.
Tiap
panggilan itu, aku
mendengar
bumi meratap.
Sejak
masa silam ia tetap
redah
menyimpan khazanah
rahsia.
Antara panggilan dan
sahut
ternyata kebenaran itu.
Pernah
kau merasa begitu,
tersiksa
mendengarkannya.
Barangkali
di situ ada ketenangan
dan
kedamaian yang dicari,
dari
laluan simpang siur. Kini
kudatang
dengan tubuh ini,
tangan
terbuka dan aku tak menyesal.
Kota
Kinabalu
20
Oktober 2012
53.
Aku Dan Kau, Kata-Kata
Puisi
kutulis ini
tak
seberapa
catatan
di sana sini
ketika
teringatmu.
Aku
telah lama
menyepi
berteman
kata-kata,
kami
jalan
berdampingan
sampai
ke hujung.
Semalam
aku bertanya
dalam
tempo waktu
kita
telah lama bersama.
Di
simpang jalan ini
kuulang
pertanyaan itu
apakah
kau masih ingin
ikutku
melangkah.
Masih
ada waktu
untuk
berpatah balik.
Katamu,
kata-kata
tak
pernah berlaku curang
dan
aku menjawabmu,
"benar."
Kau
tak akan kutinggalkan
selangkah
lagi
kita
melangkahi
sempadan.
Kau
adalah
teman
perjalanan
selalu
siap
dan
tak pernah
berpaling.
Katong
Singapore
14
October 2012
54.
Huruf Dan Kata
Tidurlah,
huruf dan kata
walaupun
hanya sebentar
aku
telah membawamu jauh
di
tanah asing
kesabaranmu
rembulan
tetap
indah di telapak tangan.
Melihat
huruf
dan kata,
wajahmu
tenang,
barangkali
kau bermimpi tentang
gerak-gerak
langit
gerak-gerak
samudera
gerak-gerak
di lembah hutan jati.
Terlalu
banyak kau lihat
ada
yang dapat
kau
tafsirkan sesaat
yang
lain menjadi
pertanyaan
panjang.
Puisimu
terucap
sebagai
sahabat yang
selalu
bertanya
tentang
khabarmu.
Aku
pun tak meminta lebih
puisi
ini
sebagai
air menitis
di
bibirmu yang kering.
Siang
tadi, otot-ototmu
kejang,
langkahmu terheret,
demikianlah
suatu perjalanan
setelah
berjalan jauh
kelelahan
dibalas dengan
tidurmu
yang panjang.
Manisku,
dekurmu
selalu menyenangkan.
Gazelku,
ada
waktunya kau meloncat
tinggi
di dalam udara
tapi,
ada waktunya
melepaskan
dunia sebentar.
Katong
Singapura
13
October 2012
55.
Rembulan Kembang Kemboja
Aku
menulis sebuah puisi
menggantikan
sekalung bunga kemboja
memang
adatmu
ketika
datang dan perpisahan.
Biar
sebuah puisi
menjadi
rembulan kembang kemboja
yang
dikalungkan dilehermu.
Berikan
kepadaku satu kata,
hanya
satu kata
sebagai
penganti perpisahan.
Sekalipun
di dalam muka kulit
sebuah
kata tersimpan naluri halus
yang
terus menggusik sukma.
Aku
tak melarangmu
kerana
butir-butir air
matamu
menitis sebagai doa.
Biarlah
sebuah puisi
menjadi
rembulan
kembang
kemboja di jinjang lehermu.
Honiara
10
Oktober 2012
56.
Huruf-huruf Puisi
Huruf-huruf
puisi, kau mendengarku baik
aku
akan membawamu ke benua, langit
dan
samudera baru. Ketika aku merasa
letih
kau menghibur supaya berdiri dan
melangkah
terus.
Huruf-huruf
puisi, ketika aku berhenti
di
pohon rendang dekat hutan jati, kau
turun
menjadi bait-bait puisi, main-main
sembunyi,
memanggil dan tercipta sebuah
karya.
Huruf-huruf
puisi, lincah anak kakimu
bermain
air sungai sambil menghiburku
puisi-puisi
pendek dan sederhana. Sedang
anak
tupai keluar dari lubangnya, memberi
salam.
Huruf-huruf
puisi, tak pernah patah semangat
atau
menjauh kerana hatimu tulus. Selama
bersamamu, kau
terkumpul dalam bait-bait
pendek
berupa doa. Aku membaca bait-bait
doamu
buat Allah Azzali.
Huruf-huruf
puisi, Gazel dari lembah kehidupan.
ia
selalu dekat dalam sukma. Aku tak meminta
lebih
darimu, biarlah kau tetap indah dalam
sebuah
puisi.
Honiara
9
Oktober 2012
57.
Bulan Sepotong Lemon
Mari,
melangkah bersama
tanganmu
dipegang, melangkah
ke
depan, mentari tenggelam.
Kau
tak mampu berjalan
sekalipun
selepas puncak
bukit
nampaklah jalan pulang.
Kalau
begitu, mari digendung
biar
kita melangkah sampai
ke
anak tangga. Kau bertanya,
"Apa
yang kau fikirkan tadi?"
"Tiada
apa-apa, mendengar
suara
hati." Nah, kita dah
sampai
di puncak bukit, jelas
kau
dapat melihat halaman
rumahmu.
Kelihatannya sepi
dan
tak ada orang. Dah lama
kosong.
Masuklah, pintu pagar tak
berkunci,
tangganya tak seberapa
tinggi,
rumahmu sendiri, tak usah takut.
Masih
ada waktu, basuhlah kaki.
Berdoa.
Ketika tidur, bulan sepotong
lemon
di langitmu.
Honiara
9
Oktober 2012
58.
Bantal Berenda Rembulan
Ada
seorang ibu duduk
merenda
rembulan pada
sarung
bantal. Tiap malam
ia
merenda sampai siap lalu
dimasukkan
sarung bantal
berenda
rembulan
ke
dalam bantal kapuk
memandangnya
puas.
Aku
memandang langit
selepas
maghrib
bulan
bundar kuning kental
bergerak
perlahan
dari
lantai laut ke atas
mulanya
pudar lalu
menjadi
cahaya terang.
Terasa
aku terangkat
terbawa
bergerak lalu
bertukar
menjadi rembulan.
Dari
langit aku melihat
ibu
tua tidur nyenyak
di
atas bantal
berenda
rembulan.
Lalu
aku turun
masih
sebagai bulan
masuk
ke dalam
rumah.
Hempus nafasnya
terasa
menyentuh kening
dan
aku mencium dahinya.
Honiara
8 Oktober
2012
59.
Pulau Banggi
Aku
tak terpaksa menulis puisi buatmu
di
dalam impian dicari namamu dan
cuba
mengenal rupamu, sia-sia, kau
terlalu halus dan perasa pada kelip
cahaya
yang datang menyentuhmu.
Meskipun
aku belum menawanmu
Bukit
Sibumbung, namun telah di
lepaskan
puluhan kata-kata bersayap
memantau
langit dan pulaumu.Pada
bait-bait
puisi ini dicatat namamu,
Pulau
Banggi, dalam sukma penyair.
Kau
tak mengenal, tapi salam yang
terucap
telah mendarat di pantaimu.
Salam
sejagat, salam kasih, memang
kita
bersaudara sekalipun saling tak
mengenal.
Tapi, kata-kata sederhana
yang
terhimpun menjadi puisi, akan
selalu
menjadi jembatan di teluk sukma.
Bagaikan
aku Pulau Sebogoh disampingmu.
Demi
langitmu, seakan aku melihat
malaikat
turun, dalam kelip cahaya,
lalu
gerimis turun menyentuh bumimu,
kau
tak merasa bimbang atau curiga.
Anggaplah
kata-kata yang terhimpun
menjadi
bait-bait puisi ini adalah sebuah
doa
dan harapan padamu, Pulau Banggi.
Honiara
28
September 2012
60.
Suara Masa Silam
Pernah
sendiri di Freemantle
memandang
ke lautan Hindi
Ombak
masa silam datang
bergulung-gulung
ke tebing.
London,
jauh ke barat Utara.
Angin
lautan bertiup terasa
membawa
suara-suara
terhukum
ratusan tahun
pembuangan
ke tanah kolonial
Southern
Cross. Sejak itu
mereka
tak melihat tanah leluhur.
Seperti
tidur dalam rumahmu
di
siang hari, ketika tersedar,
kau
terlentang di bumi atau
langit
khutub Utara dengan
landskap
tak pernah kau
mimpikan.
Sejak itu tiap kali
kau
merebahkan dirimu ke
ranjang,
bimbangmu mungkin
menjadi
realiti dan kau tak dapat
menjelaskan.
Honiara
26
September 2012
61.Puisi
Sekarang
aku telah siap menjawabmu
pertanyaan
awal yang tak terjawab di
malam
gerhana atau purnama penuh
Ketika
aku menurunkan huruf kata
lalu
tercantum menjadi sebuah puisi
sambil
mencicip limau kesturi melihat
Serindip
terbang melintas jendela langit.
Aku
sedar setiap anak kata lincah,
segar
dan tampan bermain di halaman
sukma.
Mereka, kata-kata yang hidup
bagai
bintang-bintang gemerlapan
di
malam purnama. Mereka adalah
soldadu
siap dikerahkan di barisan
depan.
Atau menjadi tembuk besar
merintangi
benua ke benua, langit ke
langit,
samudera ke samudera. Mereka
bukan
kata-kata yang terhukum atau
hamba
yang terbelenggu, tanpa suara
tanpa
jiwa. Mereka merdeka. Merdeka
dalam
pengucapan, merdeka di lembah
dan
dataran, sebingkas kuda semberani,
bila
tercantum menjadi melodi terindah
melunakan
seorang kekasih dan memberi
nafas
kepada doa-doa, segar dan hidup.
Honiara
6
September 2012
62. Déjà vu
Di lagun
bergaram
memandang
ke
dalam matamu
deja
vu.
Puisi
ini
huruf-huruf
kukup lumpur
tergabung
menjadi
sari
kata dan kalimat
merah
jambu dan
tarimu
flamingo
alam
termangu
dan
tersentuh.
Kerana
pernah
yang
teramat
bagaimana
kalau
aku
tak berada
disampingmu.
Flamingo
jendela
langit tersingkap
kembangkan
kepak hitam
terbanglah,
kaki tangkai bulu
ke
tasik-tasik payau
yang
cetek.
Canberra
18
Jun 2012
63.
Balada Puisi Terindah
Aku
menulis sebuah puisi
mencari
dari kata-kata terindah
menyusunnya
bait demi bait kemas
menjadi
sebuah puisi yang manis.
Setelah
itu kubaca berulang
memperkuatkan
lambang dan irama
supaya
tercipta keindahan.
Kuletakkan
ia di atas meja
lalu
meninggalkan kamar
menghirup
udara segar
berjalan
di tepi tasik.
Kembali
aku ke kamar
duduk
minum kopi
dan
membaca puisi
mengulang
sampai puas.
Terasa
inilah
sebuah
karya puisi terindah
telah
tercipta dari rasa yang terhalus.
Semuanya
tersusun
dan
menambat jiwa pembaca.
Adakah
yang lebih sempurna
terindah
dari sebuah karya puisi yang hidup.
Tapi
di sebuah kota silam
didirikan
sebuah mesjid
indah
dan terbuat
dari
batu marmar putih.
Tiap
susunan dinding
dan
tiang menaranya
didirikan
rapi
sungguh
suatu binaan
yang
hebat dan monumen
yang
tak ada bandingan.
Ketika
ditanya,
ia
membalas tiada yang lebih sempurna
selain
Allah dan bangunan ini
segaja
diganjilkan kerana itu.
Tiada
yang lebih sempurna selain Allah
lalu
puisi ini keindahannya tak boleh sempurna.
Canberra
11
Jun 2012
64.
Rahsia Hati
Aku
mulai bicara sebuah hati
dalam
kesederhanaan
dan
berakhir dalam kesederhanaan.
Ada
rahsia yang tersimpan
pada
mata yang memandang pada alam
pada
langit dan bumi aku selalu bercanda
menyingkap
rahsia sebuah hari
pada
gelora laut yang selalu
menyimpan
rahsia ribuan kurun
pada
pulau yang sepi
terselip
bebayang dalam pekat malam
pada
gunung di waktu fajar merelakan diri
dalam
dakapan mentari merekah
pada
rembulan keagungan sang kekasih
melukiskan
malam dengan tinta kalimat cinta
pada
lembah salji kesabaran yang lunak
menunggu
datangnya musim semi
pada
sebuah kamar ada suara-suara
yang
terkurung dalam perjalanan waktu.
pada
sebuah kesedihan ada rahsia yang belum terucap
pada
sebuah mimpi menunggu menjadi sempurna.
Mentari
yang menyala
mengirimkan
cahayanya
adalah
kesabaran berkurun
alam
itu-
adalah
fikiran dan rasa dari warisan silam
anugerah
dan inspirasi yang mengalir.
Di
musim semi, di lahan baru dan tanah gembur
aku
menyemai sebuah harapan, agar tumbuh dan berakar
aku
berkata padamu, ketika kebenaran itu telah nyata
bukan
rahsia tapi kenyataan lahir dari kandungan waktu
lebih
dari seribu kurun bagai siang yang terang
mendatangi
lembah-lembah yang terlindung dan jauh.
Mengapa
hatimu tergetar, dan cemburu
melihat
sukses kerana kemewahan dunia
kerana
kau merasa tak punya
sedangkan
kekayaan itu milik tak puas
terus
mengoda sampai ke dalam tidur yang gundah.
Mengapa
harus resah, mengapa berduka
kejahatan
dunia itu-
kejahatan
yang bersarang pada hati yang gelap
ia
bernafas dan bergerak hidup
menguasai
nadi dan urat-urat darahmu
akhirnya
kau tak bermaya dan menurut
dan
merasa manis dan akur.
Melepaskan
semua itu bukan bererti
mengalah
pada kehidupan
usia
kita telah berangkat, matahari batu delima
kalau
kehidupan itu adalah teka-teki
maka
ia telah terjawab, kerudung itu telah tersingkap
kepuasan
dunia tak pernah ada garis penamat
ia
adalah bakteria yang akan menjadi penyakit
ia
adalah kerakusan dan keangkuhan akhirnya.
Ketika
kau telah redah dari gelisahmu
bagai
malam telah berangkat datangnya siang
bagai
hutan kembali riuh dan hidup
bagai
gemerincing waktu yang beredar dan teruji
besar
hatimu meraih langit
besar
pula tipu muslihat suara-suara gelap
di
dalam rimba yang tercipta di dalam hati
serigala
dan petualang malam adalah
pemburu
perkasa terus mengejarmu sampai
ke
pangkal malam.
Ketenangan
ini adalah
air
halia yang kuminum
madu
yang kucicip di hujung lidah
dalam
solat aku hamparkan selaksa dukalaraku
dalam
doa aku mendakap-Mu
bagai
kekasih yang haus dan rindu
kupanggil
nama-Mu
kubisikan
kata-kata terindah
dalam
kalimat-kalimat sederhana
kerana
kesederhaan hidup ini
aku
terpanggil memanggilmu
dalam
sederhana kubaca gerak langit
dalam
sederhana kubaca gerak bumi
dalam
sederhana kubaca degup hati.
Kalau
rahsia bukan rahsia lagi
kebenaran
itu telah menjadi nyata
dan
rahsia itu telah tersingkap.
Canberra
22
Mei 2012
65.
Lenyap
Pernahkah
kau
sedang
bermimpi
tanpa
penghujung
sekalipun
kau mencoba inginkan
mimpi
pun berakhir.
Ketika
duduk sendiri
turun
kasyaf lalu
melesap
hilang dalam udara.
Atau
sedang menulis puisi
telefon
berbunyi
menghapuskan
bait-bait
sebelum.
Dalam
perbualan
ingin
berkata tapi
fikir
pun terpaku
ia
pun lepas dari genggaman.
Di
ranjang
terlentang
sendiri
aku
mengingati-Mu
sekalipun
diri
bagai
tersuntik ubat bius.
Canberra
21
Mei 2012
66. Firasat Suatu Malam
Aku
melihat
kaca
bulan jatuh
berkecai
di lantai zaman
darah
menitis
di
sepanjang
jalan
peradaban.
Canberra
8
Mei 2012
67.Terompah Waktu
Nilamku,
aku sedar dalam terompah waktu
kita
teruji dalam empat musim mendatang
turunlah
malaikat, kuselalu mendambakan
gerimis
dari langit.
Ketika
kau mengerang sakit jauh dari
jangkauku,
kuhimpun kata-kata dalam
doa
menjadi air dingin membasahi tekakmu.
Memang
kau tak melepaskan dengan kata
sinar
matamu cukup mengungkap yang tersirat
sedu-sedanmu
melingkari rembulan
bukan
kehendakku memberi kepak
terbang
ke langit lalu lupa mempersiapkan dahan
supaya
kau dapat hinggap dan berteduh di situ.
Nilamku,
masih kuingat
udara
segar musim panas
dalam
rimbunan wangi bunga
senyummu
bunga kemuning.
Di
saat begini, kukirimkan
malaikat
pendampingmu
biar
hatimu tetap dingin
dalam
terompah waktu.
Canberra
6
Mei 2012
68.
Saling
Kutulis
puisi buatmu
kerana
aku tak sempat mengucap
salam
ketika berpisah
kalian
bagai hutan bakau dan laut
sekalipun
kau berkata,
"biarkan,
cinta telah menjadi masin."
"tanpa
aku malam jadi panjang di pundaknya."
Balasnya
tegas.
Masihku
ingat cerita mimpimu
"Kita
berperahu. Di sana mereka
menunggu
dengan mekar bunga."
Lalu,
"ada keramaian, penyerahan sebuah hati."
Bulan
melepaskan jilbab,
purnama
di tasik
engkau,
batu karang merjan,
keindahanmu
merangkum
laut biru.
Kita
bersenda gurau
mengusik
kedamaian sebuah taman
merayau
ke tanah rimbamu
dan
kamarku tak berpintu
kau
masuk hanya mengucap salam.
Pada
komet yang menetaskan ingatan
kubisik
pada angin membawa udara segar
ke
dalam mimpi manismu.
Canberra
28
April 2012
69.
Kumpul
Langit
cerah, mentari hujung April
di
lapangan rumput, mereka berkumpul
udara
musim gugur sutera lembut.
Aku
mendengarmu
dalam
kesederhaan katamu
kau
mencintai, aku merasa
dengan
tertib engkau melepaskan
panah-panah
yang berkepak
lalu
hilang di udara. alam tetap tenang.
Lalu
katamu, mari kita menyanyi
kuselak
puluhan lagu di dalam kepala
berhibur
kecill dan menggalai
rentak
bambu atau palu gong
bukan
rasa sayangi atau lenggang kangkong
kau
memilih lagu yang lebih serius.
Aku
berdiri menurut
tenang-tenang
menggelitik memori
kata
demi kata melucur
mata
setengah terpejam
kata
terakhir kuucapkan
Raja
kita selamat bertahta.
Kupandang
pada langit
langit
biru mengangguk, kupandang malu
pada
pohon eukliptus, ia senyum,
kupandang
burung kakatua terbang berkawan
menyambutku
dengan korus
kupandang
ke dalam hati,
aku
senang kerana mereka pun senang.
Kutoleh
ke kanan
Usman
Awang menggangguk senyum
tenang-tenang
gadis membaca puisi
lalu
kuberi isyarat pada Usman
tiap
bait diucapkannya tenang
aku
melihat ke langit
Jangan
malu mengucapkan keyakinan
Jika
percaya kepada keadilan.
Di
jalan pulang
kulihat
pepohonan berganti warna
angsa
hitam berenang sendiri
tasik
griffin tenang menunggu malam.
Canberra
28
April 2012
70. Kembali Ke Dalam Hati
'Buat
baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali'
Kurenung
kalimat itu
dan
menafsirkan
jauh
ke pusar ingatan.
Indahnya,
patokan masa silam
menerobos
ke masa kini
ia
datang sebagai tamu
ramah
dan sopan.
Di
tengah laut
aku
melayanimu
di
lembah gunung
kau
sebagai teman
di
pinggir kota
kau
menyapa
di
pulau terasing
kau
melambai
di
desa sepi
kau
berbisik
di
ranjang tidur
aku
memanggil
datangmu
harum
musim
semi.
Malam
itu
resah
langit
resah
gelombang
genderang
itu dipalu
dan
isyarat perang
tiap
gerak terbaca
tiap
gundah
menyemerakkan
unggun
tiap
harapan
ditatah
dengan kekerasan.
Ia
pun berkata,
bangkitkan
raksasa,
hidupkan
mitos dan legenda
biarkan
langit gemuruh
dari
mulutnya tersembur
laknat
sumpah sarana.
Langit
dan bumi
menjadi
sirkah
ia
pilih kekerasan.
Kembali
ke dalam hati
teringat
pesan itu
kerana
di situ, ada
kemenangan
yang pasti.
Canberra
26
April 2012
71.
Watak Dan Filem
Dalam
kelembutan ada kekerasan
tiap
garis dan kerat wajah itu jati diri
adalah
saksi sejarahmu dari jendela kecil.
pembongkaran
tanah gembur ada makna tersirat
memindahkan
semaian selalu ada keperihan dan jeritan rakyat.
bila
kata-kata tak membawa makna pada lawan bicara
mata
pun siap menerima kejutan.
ia
berkata,
dalam
revolusi, semuanya bisa.
tapi
gelodak kekejaman dan kekerasan itu
senjata
rahsia masa silam yang berkesan di tangan algojo.
kehalusan
jiwa dan kefahaman universal
pemberian
mulus pada alam sejagat.
Canberra
25
April 2012
*72.
Bunga Iris
Bukan
khayalan
kapal
terbang telah mendarat
Udara
musim gugur
Di
luar sepi
Canberra
tenang di permukaan
musafir
pulang
bau
lautan masih tercium
tapi
di sini
pohon-pohon
di sepanjang jalan
berganti
wajah.
Salam
kau ucapkan
sekuntum
bunga Iris
warna
unggu
kembang
belum musimnya.
Malam
tadi
di
bawah sinar lilin
Honiara,
hujan di puncak bukitmu
air
lumpur mengalir
masuk
ke desa-desa di pinggir laut.
Pada
langit malam
bintang-bintang
bersembunyi
di
sebalik langit mendung.
Dalam
diam kau seperti bayang malam
terbang
menjauh tanpa menoleh.
Bila
kata terperangkap
matamu
cuba memberi makna
genta
rasa menemukan maksud.
Lalu
di lautmu
Guadacanal
semakin kecil
perlahan-lahan
hilang dan menyerah
pada
kegelapan malam.
Honiara/Canberra
20
April 2012
*Tersiar
di akhbar Harian Ekspress 25 September 2016
73.
Wahai! Saudaraku
Wahai!
saudaraku,
dulu
dikatakan keajaiban
hari
ini penyataan biasa.
sekalipun
begitu
keajaiban
didambakan
sekarang,
kebohongan
meliar
jauh ke sanubari.
Wahai!
saudaraku,
paksi
kehidupan berpindah
dari
masa silam
sampai
ke langit kejora
keyakinanmu
kebenaran
itu adalah
\mentari
rohani gemilang.
Wahai!
saudaraku,
si
Tenggang dan Jebat derhaka
mengongsi
ke dalam kelam
selalu
ada
merasa
perih dan tersiksa.
Wahai!
saudaraku, I
alaf
21 menitis
dari
terjangan waktu
bebayang
silam
memperingatkan
keangkuhan
itu
membawa
kecelakaan.
Wahai!
saudaraku,
aku
hanya ingin bercanda
sebuah
kata dan kalimat
kalau
itu
membuatmu
senang
sudah
cukup bagiku.
Honiara
30
March 2012
74.
Wahai! Saudaraku 1
Wahai!
saudaraku,
dulu
dikatakan keajaiban
hari
ini penyataan biasa.
sekalipun
begitu
keajaiban
didambakan
sekarang,
kebohongan
meliar
jauh ke sanubari.
Wahai!
saudaraku,
paksi
kehidupan berpindah
dari
masa silam
sampai
ke langit kejora
keyakinanmu
kebenaran
itu adalah
mentari
rohani gemilang.
Wahai!
saudaraku,
si
Tenggang dan Jebat derhaka
mengongsi
ke dalam kelam
selalu
ada
merasa
perih dan tersiksa.
Wahai!
saudaraku,
alaf
21 menitis
dari
terjangan waktu
bebayang
silam
memperingatkan
keangkuhan
itu
membawa
kecelakaan.
Wahai!
saudaraku,
aku
hanya ingin bercanda
sebuah
kata dan kalimat
kalau
itu
membuatmu
senang
sudah
cukup bagiku.
Honiara
30
March 2012
75.
Wahai! Saudaraku 11
Wahai!
saudaraku,
kita
telah menerpa jauh
sesekali
menoleh
menundukkan
mata
supaya
mendengar lagi.
Aduhai!
luka-luka terhiris
pada
bulan pudar kesiangan
bukankah
tiap hati
tiap
resah gelisah
telah
diberi peringatan.
Wahai!
saudaraku,
mau
ke mana selepas ini?
gencar
menerobos cekrawala
menggali
pusar bumi!
Di
malam bistari
kau
bisikan ke telingaku
'belum
tumbuh gigi
sudah
pandai baca kitab.'
Wahai!
saudaraku,
beri
aku kepatuhan Ismail
menggenapkan
mimpi Ibrahim
beri
aku kekuatan Yusuf
ketika
aku menerobos
ke
dalam kelam malam.
Berilah
aku nekad Musa
biar
lidahku lincah
mematahkan
tipu-helah Firaun
beri
aku kesabaran Isa berdoa
di
taman Getsemeni.
beri
aku sekelumit
sentuhan
jiwa agung,
Kekasih-Mu,
Muhammad.
Wahai!
saudaraku,
kata-kata
lebur
gelombang
nafas kendur.
Wahai!
saudaraku,
biarkan
aku lelapkan mata
mengenangkanMu.
Honiara.
4
April 2012
76.
Doa Tahun Baru
Tahun
2012
melangkah
seperti yang lain
bunga-bunga
doa kembang sejagat.
Kekasih
berkirim khabar
langit
dan bumi kumasih
mendambakanmu.
Honiara
77.
Bunga Flamboyan
Disember
semakin sarat
di
pinggir jalan kota
bunga
flamboyan berserakan
langit
lazuardi
angin
laut bercanda.
Di
bawah pohon
bunga
flamboyan
bagai
permaidani merah
terasa
kau merelakan
bertaut
di permukaanmu
janji
yang terkabul.
Honiara
14
Disember 2011
78.
Bercanda
Suatu
malam penyair bercanda tentang
perkasanya
alam raya dan orbit yang jauh
titian
huruf-hurufnya bintang bertaburan
kerana
ia ingat debu kakinya masih hinggap sampai ke lemak betis.
Dengarlah dingin
air terjun, itu suara hatinya, mengalir
siapakah
di kolam itu bermain air dan riang suka
sesekali
air terpercik mata, pedih seronok
aduhai
maksyuk, pesanmu kudengar si rimba jati
mengapa
harus berlaku kejam pada burung si rajawali
apa
lagi pada tegar gunung langit jelapang biru.
Maafkan
sepasang mata, kau terpaksa melihat belerang perang
di
meja perundingan, telah lama kedamaian itu menjauh ke bintang pleiades
ke
mana kita setelah ini, siapa pun tak ingin mengambil tau
tiap
objek pada tempatnya, penyair masih berdiri di paksi ini
kata-kata
kehilangan makna, tapi mereka masih membodohi massa.
Berikan penyair
sesaat tak akan ia lepaskan pergi
tanpa
berkata memang aku cinta padamu, oh hidup
sekurangnya penyair
puas, ya Rabbi!
Canberra
2
Jun 2011
79.
Makna
Aku
terpegun ketika kudakap
Dadamu
menjelang iftari
kehangatanmu
dalam hempas pulas
perjuangan
rohani tak ngerti tewas.
Ketika
musafir tersedar
ia
telah sampai di halamanmu
setelah
lama ia membiarkan diri
hanyut
dalam kesibukan kota.
Tak
perlu mencurigai
tentang merah
langit senja
apalah
makna sebuah kesal
yang
mengundang pedih dan luka.
Semankin
kau lincah dengan
kata-lata keras
dan kasar
samasekali
tak akan memutar
haluan
kapal kerana dendam
yang
terseret terdampar
di
batu-batu karang.
Kuala
Lumpur
21
Ogos 2010
80.
Rindu Musafir
Kekadang
di jalan pulang
menghibur
diri sendiri
makan
selera menambah lauk
mata
seperti kena asap kemenyan
aku
berhibur sepasang baju melayu
teh
tarik, nasi lemak, rendang ayam
musafir
terjolok mimpinya
dalam
Ramadan al mubarak.
Kedatangan
ini seperti berkelana
Bersama
pusar angin dari langit biru
ke
sirkah langit senja dan malam majnun
dalam
diam hening dapat kurasakan
usahlah
menghukum aku terlalu keras
kerana
tofan gurun bawalah aku ke onasis-Mu.
Memang
aku debu jalanan yang mudah tergoda
ketika
terselihu aku menangis selantang anak kecil
tapi
Engkau masih selalu sabar menungguku di depan pintu.
Kuala
Lumpur
21
Ogos 2010
81.
Warna
Katakanlah
langit dalam sehari
bertukar
warna sayur sawi hijau.
lalu
dedaunan pepohonan
di
lembah gunung sapuan biru laut.
laut
kemerah-merahan
bagai
hamparan permaidani farsi.
bulanmu
biskut kering
mentari pula
sebiji jambu mawar.
indahnya
purnama
malam ini.
'maaf',
kata seorang teman
'sejak
lahir kubelum melihat sepasang warna.'
Sydney
17
Ogos 2010
82.
Fikir Si Luncai
Pernah
dikatakan bumi ini leper
kerana
berfikir, kita disiksa
ingat,
si Luncai terjun ke dalam laut
bersama
labu-labunya
sejak
itu mereka semakin berani
menconteng
arang pada langit
dan
lantai bumi
kebenaran
itu adalah mentari siang.
Canberra
17
Ogos 2010
83.
Uji
Kekadang sedu-sedan bila
terasa
dahan
yang dipaut patah
tebing
yang diraih menerobos tetiba
jembatan
yang dititih rapuh ketika melintas
malam
yang disemai menghanjar mimpi
siang
diharapkan panahan halilintar
gunung
dikucup memuntahkan lanar
bumi
yang diharap seakan berkata dilarang memijak.
Kata
seorang wartawan
pada
bumi dan langitmu
KL/bangkok/manila/ranggon/jakarta/png
tak
pernah jalan mendatar selalu bergejolak.
kita
pun tak pernah kenyang, memamah
ke
liang hempedu dan urat-urat,tambahnya sinis.
Orang
di sini cuba membaca serumpun mata
mencari
rahsia dalam debar jantung
di
gobok pelarian mereka menatap banjir belum surut
di
desa pendalaman seorang ibu menunggu khabar
anak
perampuannya tersesat dalam neon kota.
Lelaki
di longgokan sampah
cahaya
matanya tak berkedip
terasa
kalau dilemparkan saja
ke
mulut sungai atau menjadi baja ia terima.
Bangsat, maki orang kota
budak
itu sepatutnya sekolah, jadi pencuri!
orang
tuanya tanpa wajah peminta di kota raya
menembak
mereka cuma statistik
seperti
possom yang membawa sial pada enviroment.
Hari
itu dua teman lama tak ketemu memasak tomyam
kerana
terlalu asyik menumis sebiji dunia
katanya selera
makan makin bagus...
Ujian,
semua ini ujian
semua
diuji, mengapa lari!
Ya
Rabbi, Engkaulah empunya
kekuasaan
atas segalanya
kalau
ia tewas di laut lepas
sayap
gelombang membawanya ke pulau harapan.
jauh
di lubuk hati semua ujian pasti berlalu
langit
biru senyum mentari musim bunga
menunggu
bagai kekasih di ambang pintu.
Canberra
18
Ogos 2010
84.
Jambangan Bunga
Pernahkah
engkau berkata sekali dalam hidup,
aku
bahagia...
Bunga
violet, manis untuk yang manis
pengantin
malam pertama pasrah.
Bunga
Daffodil tumbuh di lereng bukit
bagai
gadis sunti menunggu datang musim semi.
Bunga
Dahlia buat kekasih yang berduka
kalau
itulah membuatmu bahagia.
Bunga
Carnation, buat yang tersayang
senyummu
bagai seni khat yang terlukis pada wajahmu.
Bunga
Chrysanthemum, telah lama padam dendam-kesumat
sekalipun
mungkin ada yang terguris pada malam perpisahan.
Bunga
Daisy, taburkan pada sungai yang membawa khabar
marahnya
meredah danaunya telah tenang kembali.
Bunga
Ros, sumber puisi penyairmu
Ya
Rabbi, aku lebah madu pengkagum taman-Mu.
Canberra
85.
Kalbu
Dari waktu silam yang
panjang
tiap
kalbu ada ceritanya sendiri
kuturuti
suara hati sekalipun
dalam
gelap-gulita mencariMu.
Kalbu
Fir'aun remuk
bukan
kebenaran debu tertimbus
ketika
maut terpagut jalan buntuh
pintu
keselamatan pun tertutup.
Abu
Lahab dan Kisra Persia
memusuhi
Sang KekasihMu
langit
menyembur kilatan panah
dan
mengoyak kalbu yang angkuh.
Telah
kukuburkan
kebohongan
ke liang lahad
biarkan
air gunung membasahi
kalbu
yang gembur.
Ya
Rabbi, tenteramkan kalbuku,
kalau
ada keinginan ini biar sekilas
menukar
warna gurun kering kontang
menjadi
ladang musim semi yang hijau.
Canberra
2
Ogos 2010
86.
Doa Buat AL
Laut senja bernafas tenang
gelombang
waktu membawa pelaut pulang
semalam
mimpi manis itu kita sulami
bergelut
pada hiruk-pikuk kotaraya.
lalu
suara hati menjadi bait-bait puisi
petik
jejarimu lincah irama rentak klasik
dalam
kelam jejak langkahnya melusur.
Pengelana
yang menguji dirinya
dalam
pertukaran musim
mengupas
makna sebuah kata.
Sepotong
hidup masa majnun
senandung
malam yang mengusik
aku
mengenangmu.
Di
icu kau kini terbaring diam
nanti
akulah yang akan
mengucap
salam dulu
ketika
kau sedar semula.
Ya
Rabbi, engkaulah
yang
menghidupkan
dan
mematikan.
kutunggu
dalam doa.
Honiara
27
Julai 2010
87.Sari Doa Buat AZ
Jam
berhenti berdetak
embun
berendam
di
hujung dedaunan sawit
lenggang
malam yang resah.
Semalam
di situ masih sebuah rimba
dalam
cakar mentari menerkam siang
kaukuak
sejengkal demi sejengkal tanah
keringatmu
menyembur subur benih sawit
buahnya
segar mengundang mimpi.
Di
halaman anak-anak gelak bermain
sebaya
rimbunan pepohonan sawit
kini
mimpi pun terputus
maut
menyergap
jauh
di lorong sedu kau bintang
pada
sari kembang fajar
aku
mengenangmu dalam
doa
pengelana yang pulang.
Honiara
10
Ogos 2010
88.
Suara Kasih
Gelap
terasa alam disekeliling tak terjangkau
ingin
kusentuh kekasih terasa menjauh
sepi
sendiri malam berendam di lunak hati.
Suara
menipis tak terangkat lidah yang bungkem
kelopak
mata layu bagaikan di hujung musim
kakiku
yang pernah menuruni lembah gunung
laut
dan alam sejagat kini hanyut dibawa arus.
Aku
semankin kecil jauh ke pusar lautan
nyanyian
kalima yang mengelus urat nadi
Engkaulah
sandaran hidup matiku
kukirim
durud dari jelapang hati yang sujud.
Segala
puji bagiMu terasa kini aku mendengarmu
gelombang
bunyi makna kata hinggap digendang telinga
siang
itu duniaku menjadi sebutir bintang
yang
terbang jauh ke dalam masa silam.
Sentuhan
tangan yang pernah menidurkanku
dari
tarikan nafas dan bisikan suara kasihmu
bagaikan
aku berenang dalam rahim seorang ibu
kau
datang dengan doa kembang bunga ros
dan
aku memang mendambakannya.
Honiara
29
Julai 2010
89.Lontaran
Kata*****
90.
Memilih Kata
91.
Janji Awan
92.
Kemenangan Dalam Ucap
93.
Sabda Samawi
94.
Cahaya Bintang
95.
Ruh Bahasa
96.
Makna Ayat
97.Taman
Kata-Kata
98.
Perjuangan Kata
99.Kata-Kata
Bersatu
100.
Kata Kembang Sejati
101.
Bahasa Hidup
102.
Kata Yang Merdeka
103.
Benteng Bahasa
104.
Selangkah Bahasa
105. Kata-Kata Sejati
106.
Kata-kata Lautan
107.
Bahasamu Sebuah Anugerah
108.
Ayat-Ayat Damai
109.
Kekuatan Ayat
110.
Sari Ayat Hidup
111.
Ayat-Ayat Abadi
112.
Ayat-Ayat Doa
113.
Bahasa Hidup Dan Damai
114.
Bahasa Istiqamah
115.
Bahasa Tawakl
116.Bahasa
Wahyu
117.
Huruf-Huruf Berkembang
118.Huruf-Huruf
Itaat
119.
Bahasamu Sebuah Taman
120.
Inspirasi Dalam Kata
121.
Ayat dan Nokta
122.
Ayat-Ayat Harapan
123.Bertaburan
Kata-Kata
124.
Kata-Kata Tak Melukakan
125.
Bahasa Kasyaf
126.
Sempadan Kata
127.
Berbahasa
128.
Metamorposis Kata-Kata
129.
Kata-Kata Berkat
130.
Kata-Kata Bersayap
131.
Ayat-Ayat Purnama
132.
Kata-Kata Gerhana
133.
Ayat Belantara
134.
Ayat Gunung
135.
Gelombang Kata-Kata
136.
Kata-Kata Menjadi Pulau
137.
Kata-Kata Berakhir
138.
Pintu Terbuka Pada Kata
139.
Huruf-Huruf Mencari Landasan
140.
Kata-Kata Tauhid
141.
Kebenaran Kata
142.
Kata-Katamu Bumi
143.
Kata-kata Menawan Kalbu
144.
Kata-Kata Tulus
145.
Kata-kata Air Menjurus
146.
Kata-kata Di Langit Terbuka
147.
Ayat-Ayat Bercahaya
148.
Ayat-Ayat Rohani
149.Dalam
Kata Kata Ada Kekuatan
150.
Kata-kata Dan Ayat-Ayatmu.
Edit
16 April 2019, 2:37 PM
Comments
Post a Comment